JUBAH UNTUK IBU...
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh!
Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni?
Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang
tak menyusahkan aku?”, marah ibu.
Along hanya membungkam.
Tidak menjawab sepatah apapun.
“Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah
dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik
buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam
Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah
sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak
bercampur marah. Along terus
membatukan diri. Tiada sepatah
kata pun yang keluar dari mulutnya.
Seketika dia melihat si ibu berlalu
pergi dan kembali semula dengan
rotan di tangannya. Kali ini darah
Along mula menderau. Dia berdoa
dalam hati agar ibu tidak memukulnya
lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap
, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa
kau pukul anak pengetua tu?
Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar
namun dia tidak dapat berkata-kata.
Suaranya bagai tersekat di kerongkong.
Malah, dia juga tidak tahu bagaimana
hendak menceritakan hal sebenar.
Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la
kau yang mulakan pergaduhan ye!?
Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan,
sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan
Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu,
Along janji tak buat lagi….Bu,
jangan pukul bu…sakit bu…”
Along meraung meminta belas
si ibu agar tidak merotannya lagi.
“Tau sakit ye, kau bergaduh kat
sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.
Kali ini semakin kuat pukulan si ibu
menyirat tubuh Along yang kurus itu.
“Bu…ampunkan Along bu…bukan
Along yang mulakan…bukan Along….bu,
sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara
yang tersekat-sekat menahan pedih.
Along memaut kaki si ibu.
Berkali-kali dia memohon maaf
daripada ibunya namun siratan
rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu berdoa.
Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya.
Tangis bukan kerana sakitnya dirotan,
tapi kerana memikirkan tidak jemukah
si ibu merotannya setiap hari.
Setelah hatinya puas,
si ibu mula berhenti merotan Along.
Tangan Along yang masih memaut
kakinya itu di tepis kasar.
Along menatap mata ibu.
Ada manik-manik kaca yang bersinar
di kelopak mata si ibu.
Along memandang dengan sayu.
Hatinya sedih kerana telah
membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.
Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan.
Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan
ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku
apabila ibu marahkannya.
Tapi kali ini marah ibu
sangat memuncak. Mungkin
kerana dia menumbuk anak
pengetua sewaktu di sekolah tadi
menyebabkan pengetua hilang sabar
dan memanggil ibunya ke sekolah
untuk membuat aduan kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua,
Along sempat menjeling ibu di sebelah.
Namun, dia tidak diberi kesempatan
untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu
di dilemparkan kepadanya seorang.
Si Malik anak pengetua itu bebas
seolah-olah sedikit pun tidak bersalah
dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa
air mata yang masih bertakung
di kelopak matanya. Dia berlalu
ke meja tulis mencapai minyak
sapu lalu disapukan pada bekas
luka yang berbirat di tubuhnya dek
rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia
menyapu ubat namun masih tetap
terasa pedihnya. Walaupun sudah
biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan badannya.
Dia cuba memejamkan mata
namun masih tidak mahu lelap.
Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya.
Wajah ibu suatu ketika dahulu
sangat mendamaikan pada
pandangan matanya. Tetapi,
sejak dia gagal dalam SPM,
kedamaian itu semakin pudar
dan hanya kelihatan biasa dan
kebencian di wajah tua itu.
Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.
Along sedar, dia telah mengecewakan
hati ibu dahulu kerana mendapat
keputusan yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak pernah ambil hati
dengan sikap ibu walau adakalanya
kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya.
Along sayang pada ibu.
Dialah satu-satunya ibu yang
Along ada walaupun kasih ibu tidak
semekar dahulu lagi. Along mahu
meminta maaf. Dia tidak mahu
menjadi anak derhaka.
Fikirannya terlalu cacamarba,
dan perasaannya pula semakin
resah gelisah. Akhirnya, dalam
kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu,
si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya.
Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.
Itupun acuh tidak acuh sahaja.
Pulang dari sekolah,
Along terus menuju ke dapur.
Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau
orang kesayangannya itu ada di situ.
Along tersenyum memandang ibu
yang terbongkok-bongkok mengambil
sudu di bawah para dan kemudian
mencacap makanan yang sedang
dimasak itu. Dia nekad mahu menolong.
Mudah-mudahan usahanya kali ini
berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah
ke dapur, adik perempuannya yang baru
pulang daripada mengaji terus meluru
ke arah ibu. Along terperanjat dan
sambil memerhatikan mereka.
“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk,
ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan.
Dia tidak pernah melihat ibunya
memasak makanan yang pelbagai
jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka.
Si ibu yang lincah menghiris sayur
hanya tersenyum melihat keletah
anak bongsunya itu.
Sementara Along disebalik
pintu terus memerhatikan
mereka sambil memasang telinganya.
“Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?”
“ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih
lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan
Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali.
Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”
, si ibu bersuara lembut.
Along menarik nafas panjang dan
melepaskannya perlahan.
‘anak-anak kesayangan ibu nak
balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.
“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”,
soalnya lagi masih belum berganjak
dari dapur. Si ibu mengangguk
sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.
“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak.
Mmm bu, tapi Atih pelik la.
Kenapa bila Along balik,
ibu tak masak macam ni pun?”.
Along terkejut mendengar soalan Atih.
Namun dia ingin sekali tahu
apa jawapan dari ibunya. “
Along kan hari-hari balik rumah?
Kak Ngah dengan Alang lain,
diorang kan duduk asrama,
balik pun sebulan sekali ja!”,
terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak
lauk macam ni dekat Along pun..”,
soal Atih lagi. Dahinya sedikit
berkerut dek kehairanan.
Along mula terasa sebak.
Dia mengakui kebenaran kata-kata
adiknya itu namun dia tidak mahu
ada perasaan dendam atau marah
walau secalit pun pada ibu yang
sangat disayanginya. “Dah tu, pergi
mandi cepat. Kejap lagi kita pergi
ambil Kak Ngah dengan Alang dekat
stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak
mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya
di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
Malah ibu juga tidak senang jika
Atih terus bercakap tentang Along.
Pada ibu, Along anak yang derhaka
yang selalu menyakiti hatinya.
Apa yang dikata tidak pernah didengarnya.
Selalu pula membuat hal di sekolah
mahupun di rumah..
Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian
pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar,
Along juga turut keluar.
Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan
buat menghilangkan tekanannya.
Tiba di satu kedai, kakinya
tiba-tiba berhenti melangkah.
Matanya terpaku pada sepasang jubah
putih berbunga ungu yang di lengkapi
dengan tudung bermanik.
‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’
Dia bermonolog sendiri.
Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Sedang dia membelek-belek jubah itu,
bahunya tiba-tiba disentuh seseorang.
Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu
Fariz, sahabatnya. “La…kau ke,
apa kau buat kat sini?”,
tanya Along ingin tahu
sambil bersalaman dengan Fariz.
“Aku tolong jaga butik kakak aku.
Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula.
“Aku tak de buat apa-apa,
cuma nak tengok-tengok baju ni.
Aku ingat nak kasi mak aku!”,
jelas Along jujur. “waa…
bagus la kau ni Azam.
Kalau kau nak beli aku bagi less 50%.
Macammana?” Terlopong mulut Along
mendengar tawaran Fariz itu.
“Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”,
Along meminta kepastian.
“Untuk kawan baik aku,
kakak aku mesti bagi punya!”,
balas Fariz meyakinkannya.
“Tapi aku kena beli minggu depan la.
Aku tak cukup duit sekarang ni.”
Cerita Along agak keseganan.
Fariz hanya menepuk mahunya
sambil tersenyum. “Kau ambik dulu,
lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz .
Along hanya menggelengkan kepala
tanda tidak setuju. Dia tidak mahu
berhutang begitu. Jika ibunya tahu,
mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi.
“Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,
soal Fariz yang benar-benar ingin
membantu sahabatnya itu. Along
menyeluk saku seluarnya dan
mengeluarkan dompet berwarna
hitam yang semakin lusuh itu.
“Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz,
tak pe lah, aku datang beli minggu depan.
Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,
pesan Along bersungguh-sungguh.
Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah
melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba,
kelihatan Angah dan Alang sudah
berada di dalam rumah.
Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu.
Dia menoleh ke arah mereka
seketika kemudian menuju ke dapur.
Perutnya terasa lapar sekali kerana
sejak pulang dari sekolah petang tadi
dia belum makan lagi. Penutup makanan
diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk
yang ibu masak tadi bersama sepinggan
nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus
makan sambil ditemani Si Tomei, kucing
kesayangan arwah ayahnya.
“Baru nak balik waktu ni?
Buat hal apa lagi kat luar tu?”,
soalan ibu yang bernada sindir
itu tiba-tiba membantutkannya
daripada menghabiskan sisa makanan
di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja?
Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”,
leter ibu lagi. Along hanya diam.
Dia terus berusaha mengukir senyum
dan membuat muka selamber seperti tidak ada
apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya
di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu
yang masih memandang ke arahnya
seperti tidak berpuas hati.
“Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati.
Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.”
Marah Angah, adik perempuannya yang
sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri.
Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab
kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat
ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan
untuk membisu sahaja. “Along!
Kalau tak suka belajar, berhenti je la.
Buat je kerja lain yang berfaedah
daripada menghabiskan duit ibu",
sampuk Alang, adik lelakinya yang
menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.
Hatinya semakin terluka melihat
sikap mereka semua.
Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka.
Along mengangkat mukanya
memandang wajah ibu.
Wajah tua si ibu masam mencuka.
Along tidak tahan lagi.
Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau.
Fikirannya bercelaru.
Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan
kata-kata mereka. Along sedar,
kalau dia menjawab,
pasti ibu akan semakin membencinya.
Along nekad, esok pagi-pagi,
dia akan tinggalkan rumah.
Dia akan mencari kerja di Bandar.
Kebetulan cuti sekolah selama
seminggu bermula esok.
Seperti yang dinekadkan,
pagi itu selesai solat subuh,
Along terus bersiap-siap dengan
membawa beg sekolah berisi pakaian,
Along keluar daripada rumah
tanpa ucapan selamat.
Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu
menyatakan bahawa dia mengikuti program
sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan
selama beberapa hari justeru dia terpaksa
berbohong agar ibu tidak bimbang
dengan tindakannya itu. Along menunggang
motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk
mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya,
tengah hari itu, dia diterima bekerja
dengan Abang Joe sebagai pembantu
di bengkel membaiki motorsikal dengan
upah lima belas ringgit sehari, dia sudah
rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana
tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah
tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah
untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar
daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan
apa yang dilakukan Along di luar.
apa yang dilakukan Along di luar.
Dia juga berasa agak rindu dengan Along.
Entah mengapa hati keibuannya agak
tersentuh setiap kali terpandang bilik Along.
Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat
apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti selalu, Along bekerja keras membantu
Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe
yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak
mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik.
Dia banyak membantu Along antaranya
menumpangkan Along di rumahnya
dengan percuma. “Azam, kalau aku
tanya kau jangan marah k!”,
soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu
mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu.
“Macam serius jer bunyinya Abang Joe?”
Along kehairanan. “Sebenarnya,
kau lari dari rumah kan ?”
Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar.
Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.
Melihat keadaan Along itu,
Abang Joe segera menghulurkan air..
“Kenapa lari dari rumah?
Bergaduh dengan parents?”
Tanya Abang Joe lagi cuba menduga.
Soalan Abang Joe itu benar-benar
membuatkan hati Along sebak.
Along mendiamkan diri.
Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut
dan mengunyah perlahan.
Dia cuba menundukkan mukanya
“Azam, kau ada cita-cita tak…
ataupun impian ker…?”
Abang Joe mengubah topik
setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa
dengan soalannya tadi. “ Ada ”
jawab Along pendek
“Kau nak jadi apa besar nanti?
Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola?
Mekanik macam aku…atau….”
Along menggeleng-gelengkan kepala.
“semua tak…Cuma satu je,
saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.”
Jawab Along disusuli ketawanya.
Abang Joe melemparkan tulang ayam
ke arah Along yang tidak serius
menjawab soalannya itu. “
Ala , gurau ja la Abang Joe.
Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah
dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”..
Perlahan sahaja suaranya namun
masih jelas didengari telinga Abang Joe.
Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.
Dia bersyukur di dalam hati kerana
mengenali seorang anak yang begitu baik.
Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka
bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita
mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat,
mereka menyambung kerja masing-masing.
Tidak seperti selalu, petang itu
Along kelihatan banyak berfikir.
Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe
sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni,
saya nak balik rumah ...
terima kasih banyak kerana jaga saya
beberapa hari ni”,
ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.
Abang Joe yang sedang mencuci
tangannya hanya mengangguk.
Hatinya gembira kerana akhirnya
anak muda itu mahu pulang ke pangkuan
keluarga. Sebelum berlalu,
Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.
Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.
“Abang Joe, jaga diri baik-baik.
Barang-barang yang saya tinggal
kat rumah Abang Joe tu,
saya hadiahkan untuk Abang Joe.”
Kata Along lagi. “Tapi,
kau kan boleh datang bila-bila
yang kau suka ke rumah aku!?”,
soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau
Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya.
“Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.
Abang Joe, terima kasih banyak ye!
Saya rasa tak mampu nak balas
budi baik abang. Tapi, saya
doakan perniagaan abang ni semakin maju.”
Balasnya dengan tenang.
Sekali lagi Abang Joe memeluknya
bagai seorang abang memeluk adiknya
yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju
ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah
yang diidamkannya itu.
Setibanya di sana , tanpa berlengah
dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.
“ Hey Azam, mana kau pergi?
Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau.
Kau lari dari rumah ke?”,
soal Fariz setelah menyedari
kedatangan sahabatnya itu.
Along hanya tersengeh menampakkan giginya.
“Zam, mak kau marah kau lagi ke?
Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes
kau tumbuk si Malik tu?” “
Tak pe lah, perkara dah berlalu….
lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati
kalau dia dengar tentang perkara ni",
terang Along dengan tenang.
“Kau jadi mangsa. Tengok,
kalau kau tak bagitau, mak
kau ingat kau yang salah",
kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz,
aku tak nak ibu aku sedih.
Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..”
“Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku.
Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.”
Jelas Along memotong kata-kata si sahabat
yang masih tidak berpuas hati itu.
“Aku nak beli jubah ni Riz.
Kau tolong balutkan ek,
jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,
pinta Along sambil menyerahkan sekeping
kad berwarna merah jambu.
“No problem…tapi, mana kau dapat duit?
Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu.
“Aku kerja kat bengkel Abang Joe.
Jadi pembantu dia", terang Along.
“Abang Joe mana ni?”
“Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih
sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”,
jelas Along dengan panjang lebar.
Fariz mengangguk . “Azam,
kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?”
“Hari ni la…” balas Along.
“Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?”
“Bukan, minggu depan…” “Habis?.
Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi..
“Aku rasa hari ni je yang yang sempat
untuk aku bagi hadiah ni.
Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku
tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai.
Kelihatan hujan mulai turun.
Namun Along tidak sabar menunggu
untuk segera menyerahkan hadiah
itu untuk ibu.Sambil menunggang,
Along membayangkan wajah ibu
yang sedang tersenyum menerima
hadiahnya itu. Motosikalnya sudah
membelok ke Jalan Nuri II.
Tiba di simpang hadapan lorong masuk
ke rumahnya, sebuah kereta wira
yang cuba mengelak daripada melanggar
seekor kucing hilang kawalan
dan terus merempuh Along dari
depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu,
Along terpelanting ke tengah jalan
dan mengalami hentakan yang kuat
di kepala dan belakangnya.
Topi keledar yang dipakai mengalami retakan
dan tercabut daripada kepalanya,
Along membuka matanya perlahan-lahan
dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan
dengan sisa kudrat yang ada, dia
berhampirannya itu.
Dia menggenggam kuat cebisan kain
dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak
keluar dari hidungnya.
Kepalanya juga terasa sangat berat,
pandangannya berpinar-pinar
dan nafasnya semakin tersekat-sekat.
Dalam keparahan itu,
Along melihat kelibat orang–orang
yang sangat dikenalinya sedang
berlari ke arahnya.
Serta merta tubuhnya terus
dirangkul seorang wanita.
Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.
Terasa bahagia sekali apabila
dahinya dikucup saat itu.
Along gembira. Itu
kucupan daripada ibunya.
Dia juga dapat mendengar
suara Angah, Alang dan Atih
memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar
dari kerongkongnya saat itu..
Along semakin lemah.
Namun, dia kuatkan semangat dan cuba
menghulurkan jubah dan
kad yang masih digenggamannya itu.
“Ha..hadiah….untuk….ibu………”
ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.
Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya.
Si ibu begitu sebak dan sedih.
Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali.
Air matanya merembes keluar
bagai tidak dapat ditahan lagi.
Pandangan Along semakin kelam.
Sebelum matanya tertutup rapat,
terasa ada air hangat yang menitik
ke wajahnya. Akhirnya,
Along terkulai dalam pangkuan ibu
dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Selesai upacara pengebumian,
si ibu terus duduk di sisi kubur Along
bersama Angah, Alang dan Atih.
Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan
bungkusan yang hampir relai dari
beg tangannya.
Sekeping kad berwarna
merah jambu bertompok darah
yang kering dibukanya lalu dibaca.
‘Buat ibu yang sangat dikasihi,
ampunkanlah salah silap along selama ini.
Andai along melukakan hati ibu,
along pinta sejuta kemaafan.
Terimalah maaf along bu..
Along janji tak kan membuatkan
ibu marah lagi. Ibu,
Along sayang ibu selama-lamanya.
Selamat hari lahir ibu…
dan terimalah hadiah ini…..'
UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium.'
Air mata yang bermanik mula berjurai
membasahi pipi.
Begitu juga perasaan yang dirasai Angah,
Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu
dan sedih dengan pemergian
seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing,
Fariz tiba-tiba muncul.
Dia terus mendekati wanita tua itu lalu
mencurahkan segala apa yang
dipendamnya selama ini. “Makcik,
ampunkan segala kesalahan Azam.
Azam tak bersalah langsung dalam
kes pergaduhan tu makcik.
Sebenarnya, waktu Azam dan
saya sibuk menyiapkan lukisan,
Malik datang dekat kami.
Dia sengaja cari pasal dengan Azam
dengan menumpahkan warna air
dekat lukisan Azam. Lepas tu,
dia ejek-ejek Azam.
Dia cakap Azam anak pembunuh.
Bapa Azam seorang pembunuh dan …
dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…”
cerita Fariz dengan nada sebak.
Si ibu terkejut mendengarnya.
Terbayang di ruang matanya
pada ketika dia merotan Along
kerana kesalahan menumbuk Malik..
“Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan
pada makcik Fariz?”
Soalnya dengan sedu sedan.
“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih
dan teringat kembali peristiwa dulu.
Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi,
dia tak nak mengambil semua ketenangan
yang makcik ada sekarang…
walaupun dia disalahkan, dia terima.
Tapi dia tak sanggup tengok makcik
dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....”
Terang Fariz lagi.
Dia berasa puas kerana dapat
menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz.
Terasa seluruh anggota badannya
menjadi Lemah. Berbagai perasaan
mencengkam hatinya.
Sungguh hatinya terasa sangat pilu
dan terharu dengan pengorbanan
si anak yang selama ini dianggap derhaka.
0 shakkap..!!:
Post a Comment