Saturday, October 22, 2011

13 Alasan Wanita yang Enggan Menutup Aurat
































Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? 
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang 
enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.
 Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..
Nauzubillah.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. 
Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, 
dia menyalahkan
 perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik 
dan mulia”. 
Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” 
pakai tudung tak mestinya baik
..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi
 jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yan
bahkan baru masuk Islam 
untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. 
Maksudnya, dakwah itu tuntutan. 
Selagi kau Islam, dakwah tu wajib
 walaupun kau sendiri tak berapa betul. 
Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, 
iman yang tinggi 
dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau
 tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka 
jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi
 mempunyai hati suci 
dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta 
nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. 
Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang 
sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa
 sudah cukup untuk
 menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni.
 Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami 
serta orang lain dengan
 menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan 
mereka tidak menegur
 dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu 
depan Allah nanti? 
Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan 
photographer/pengarah filem 
untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih
 belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? 
Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap!
 Lepak la dulu. 
Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana 
tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana 
tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia
 ini akan terlindung dan amat 
sukar untuk diperolehi.

Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh 
di perut bumi,
 tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? 
Terbenam jauh di dalam lautan, 
tertudung dan dilindungi
 oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? 
Terperosok di lapisan bumi 
tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. 
Tubuh kamu adalah suci malah
 lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu 
juga perlu bertudung 
dan melindungi diri kamu.”

0 shakkap..!!:

Post a Comment


 
;